7 tahun berlalu

 

Assalamulaikum kawan-kawan blogger dan silent reader saya. Fuh lama sungguh saya tak menaip dan bercerita di blog saya ni, rupanya hampir 7 tahun saya tinggalkan blog ni. Jujur saya rindu nak berblog walking ke blog lain nak baca macam macam cerita. Ada blog yang share resepi, ada yang share rutin harian, ada yang share pasal pokok, pasal bercuti ke negara orang, pasal kucing beranak pun ada. Pada saya setiap blog ada tarikan masing masing sebab setiap perkara yang kita lalui tetap berbeza.

7 tahun satu tempoh yang banyak mematangkan saya, mengajar saya dan mendidik saya. 7 tahun juga macam macam saya lalui. Perkahwinan pertama saya gagal selepas setahun berkahwin. Alhamdulillah disebalik perceraian saya lalui saya dikurniakan seorang anak lelaki bernama Meor Ali Mateen dari hasil perkahwinan pertama dulu. Alhamdulillah syukur pada tahun ketiga saya sebagai single mother, Allah maha baik lagi penyayang berikan saya rezeki untuk berumahtangga buat kali kedua dengan kawan lama saya. Alhamdulillah rezeki dapat jodoh dia bujang. Kalau dalam roda impian cakap "menang wang besar Halim" Hehehehe.

Alhamdulillah, hampir menjangkau 4 tahun usia perkahwinan kedua saya, tapi masih setahun jagung buat kami. Banyak lagi yang kami dua perlu belajar dan tambah baik. Alhamdulillah pada tahun kedua perkahwinan saya dan suami kami dikurniakan seorang lagi anak lelaki yang diberi nama Meor Ozil Musa.

Mesti pelik macam mana anak kedua pun Meor kan. Yups, suami saya kedua pun bernama Meor. Telah ku tepis, elak dari nak berjumpa dengan orang nama Meor tapi Allah lagi maha kaya dan maha baik berikan suami bernama Meor jugak jadi takdelah Ali rasa janggal kan kat sekolah. Tak tahu nak explain macam mana tapi Allah baik sangat dalam kehidupan saya walaupun awal-awal lalui fasa perceraian tu banyak persoalan bermain di hati. Apa pun saya bersyukur untuk setiap ujian, kebaikan yang saya tempoh sepanjang kehidupan saya yang dulu hingga sekarang.

Bersangka baiklah dengan Allah kerna Allah mengikut sangkaan hambaNya. 

Kenalkan ini keluarga saya, Insya Allah hingga jannah. Aaamin ya mujib. 





Jemputku Ya Allah


- teringin nak tengok Kaabah depan depan, pegang Kaabah.

- teringin nak ziarah Nabi Muhammad S.W.T. rindu padamu ya Rasullullah.

-teringin nak cium aswat ul aswad.

Pakej pergi Umrahh.. Under Andalusia. Acano?

Ya Allah Ya Tuhanku, kau murahkan rezeki hambamu ini Ya Allah. Nak sangat jejak ke Tanah suci . Permudahkan dan perkenankanlah doaku ini ya Allah. Amin!


p/s : kalau tak usik langsung gaji aku 2 bulan dah boleh pergi..
tp ada commitment.. Tolong ya Allah jemputku!!

Ohhh My Skin!!!

Assalamulaikum korang. Sihat? Yeayy harini saya update blog lagi. Hehehe. Hari nie nak share pasal kulit saya. Cehhh wah. Macam retis pulak nak buat review my skin kan. Kau hingat kau Fazura? Siti Nurhaliza? Anne Ngasri, Isma Af7? Semua orang geram tengok kulit dorang yang halus mulus. Siap bergaduhlah peminat sama peminat dalam instagram sebab retis tanak share apa rahsia kulit dorang halus mulus. Hahaha. 

Saya just nak share pasal kulit nie sebab setahun yang lepas KULIT MUKA SAYA ROSAK SEBAB SUKA TUKAR-TUKAR PRODUCT MAKE UP, FACIAL FOAM, DAILY CREAM. HABIS RANAP KULITKU. Akibat kulit dah rosak saya tanyalah kakak-kakak saya pasal skincare yang OK. Tapi kakak saya cakap jangan amek mana-mana product lagi dah. Sebab takut lagi teruk. Lagi satu kakak saya cakap maybe kulit saya jadi problem teruk sebab perubahan cuaca, percemaran udara ke. Kau buatla research dulu skincare mana yang OK. 

Saya tanya kakak saya okay tak kalau pakai Tabita. "Sebab ada kawan tja dalam military wag's tu licin+halus pastu kulit mak dia lagi cantek tau ngah. Kau rasa macam mana? Kakak saya jawab : Ibu dah pakai TABITA aku tengok kulit ibu makin cantek kau pakailah". Kalau tak okay kau jumpa pakar kulit terus la ek. Hahaha.. So pendekkan cter contact officemate kakak saya (Kak Aida) order TABITA.  

Dan inilah hasilnya..



Warna KULIT TAK SEKATA + JERAWAT BATU. Dari gambar ni pun memang dah jelas kan. Kalau korang zoom lagi maha dahsyat la. Hahaha. Masa nie dah sedih dah kahwin nanti kulit tak sihat. Gambar kahwin nanti mesti buruk. Alhamdulillah syukur lepas pakai sebulan dah nampak perubahan. Happy sangat-sangat..





Tona kulit + jerawat semua dah hilang. Alhamdulillah. Rasa happy sangat. Bekas jerawat lama pun takda. Gambar kat atas nie semua takda tambah filter ye. Ini gambar ORIGINAL. NO edit edit. Satu masalah kawen dah selesai. Hehehe. Alhamdulillah syukur sangat. Kak Aida bagitahu saya lepas skin dah baik tak perlu pakai TABITA nie lagi sebab TABITA nie rawat kulit orang bermasalah jer. 

Luahan Hati

Assalamulaikum kawan-kawan blogger dan silent reader sekalian alam. Hari nie rasa down sangat dengan diri sendiri. Kenapa rasa down? Sebab dah hilang keyakinan diri pada diri sendiri. Rasa malas nak buat semua benda, kalau boleh dah tanak pergi kerja. Nak duduk rumah dan tidur sepanjang hari time makan pun  nak tidur. Tanak buat benda lain selain tidur!!!!!  Hahaha.. Takda mood sebab stress dengan preparation KHAWIN!! 

Lagi satu cerita nak share dengan korang kan kadang-kadang saya sendiri tak paham dengan diri saya sendiri. Sama ada saya yang salah paham dengan  erti berita hangat, rahsia, fakta etc...  atau saya yang salah bodoh tak pandai nak paham. Hahaha. Yelah kalau kita dapat berita hangat, rahsia, fakta, auta or lawak bodoh kita mudah ker terus nak bercerita kat orang lain? Mesti sebelum kita nak becerita kat orang lain kita akan fikir 100000 juta kali kebaikan dan keburukan benda yang kita akan cerita kat orang lain kan. Tapi kenapa orang lain tak fikir macam tu? Janganlah nak bagi jawapan "RAMBUT SAMA HITAM, HATI LAIN-LAIN" what the ****. Kalau disebabkan apa yang kita cakap bagi kesan relationship dengan keluarga, boyfriend, tunang, suami, isteri, kawan baik dan kawan sampai dorang ada pandangan buruk pada diri kita.  Aaaaa stress!!!

Betulla cakap mama saya kadang-kadang lebih banyak diam dari banyak bercakap sampai menyakitkan hati orang, memutuskan hubungan orang lain. Sebab orang kita rakyat MALAYSIA lagi MELAYU nie kebanyakkan dari kita suka BERPRASANGKA sampai menambah-nambah perisa tambahan dalam satu cerita pastu seronok tengok orang bergaduh!!! Saya suka korang buat macam tue. Hahaha. Sebab saya akan belajar dari kesilapan korang dan saya pun blacklist korang dalam hati saya sebagai kawan sebab kawan takan buat macam tu kat kawan dia kan. Lagipun  mungkin dorang tak tahu hukum prasangka kan jadi hari ni sama-sama kita baca apa tu "HUKUM BERBURUK SANGKA"


So hukumnya DOSA. Kalau buat dapat DOSA. Hope apa yang dikongsikan dapatlah sama-sama kita belajar perbaiki diri kita kan. Saya takdalah bergaduh dengans siapa-siapa cuma kesian tuk orang yang ada dikeliling saya bergaduh dengan kawan baik disebabkan mulut orang lain. Nauzu Billahi Min Zalik mintak mintak jauh dari saya. Kadang-kadang kena fikir apa benda yang kita nak cakap, tak salah nak cakap tapi kalau apa kita cakap tu bagi masalah besar lebih baik diam. So itu saja luahan hati saya tuk hari nie. Sekian terima kasih. 


"MUKA BIAR TAK LAWA JANJI MULUT JANGAN MACAM LONGKANG!"


P/s :  Stressnya dengan hal kawen nie. 
Ya Allah Permudahkan urusan hambaMU ini. Aminn

Ramadhan Ya Kareem

Assalamulaikum kawan-kawan blogger dan silent reader sekalian alam. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kita semua dipertemukan dengan Ramadhan untuk tahun nie. Buat kawan-kawan blogger dan silent reader yang sudi baca blog saya, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa ya.

Saya mohon maaf sepanjang saya berblogging apa yang saya tulis ada menyakitkan or mengguris hati kalian semua, berharap sangat dibulan yang baik ni korang maafkan saya ya. Hehehe. 

Dah bulan puasa kenalah jaga mulut dari bercakap tentang perkara yang tak baik, mengumpat, mengata, mencaci dan makan pada siang hari. Supaya kita dapat berpuasa dengan mengamalkan perkara yang baik sepanjang berpuasa nie. 

Dah jaga mulut kita kenalah jaga telinga dari dengar perkara-perkara yang tak baik. Supaya takdelah perbuatan yang tak sepatutnya kita. Yang penting jaga telinga jangan korek telinga di siang hari memang batallah jawabnya. Hehehe

Yang paling penting jaga mata dari tengok perkara yang boleh membatalkan puasa kita. Tengok awek-awek yang seksi, benda yang tak baik dan sewaktu dengannya. Jangan tengok iklan makanan segera pada siang hari ya nanti tak pasal-pasal call suruh delivery kat rumah.



So ayuh kita pasang niat puasa beramai-ramai. So takdelah istilah esok bangun pagi ehhh malam tadi sebelum tidur aku dah pasang niat ke belum ek? Tadi lepas sahur aku dah niat ker? Jom sama-sama baca niat puasa ya. Confirm esok tak perlu ragu ragu lagi. 


So esok petang jangan lupa doa berbuka puasa pulak ya


Yang terakhir sekali


Rindu Atuk nie bagi pengumuman. 

Semoga kita dapat menjalani Ibadah Puasa/Terawih sebaik yang mungkin. Selamat berpuasa kawan-kawan. 
:')

Dinner at Menara Kuala Lumpur



It'ssssss Menara Kuala Lumpur!!!!!

Last week tuesday lepas habis kerja kitaorang satu office pergi dinner kat Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur.  Nak tahu siapa yang belanja kitaorang satu office? Big boss lah belanja. Sebab apa big boss saya murah hati nak belanja kitaorang ramai-ramai nie makan satu malam jer almost 8K? Sebabnya kitaorang semua dapat reach target company untuk collection for half year million million. 

Bos cakap request jer nak makan kat mana-mana pun yang penting mahal dan yang paling penting ada minuman keras. Bos saya nie bukan Muslim so cara dia nak meraikan kegembiran dengan minuman keras la kan so ada a few staff bukan Muslim bolehla join boss saya. Yang Muslim duduk diam diam minum air sirap. Hahaha. 

Walaupun saya  Lahir KUALA LUMPUR, dibesarkan di KUALA LUMPUR saya tak pernah jejak MENARA KUALA LUMPUR selepas 20 tahun hidup baru merasa pergi MENARA KUALA LUMPUR. . Jom layan gambar dinner.












Buffet so amekla banyak mana. Takde sape marah. Best tu makan oyster Tapi kena stand by air sebelah anda. (Pahamkan maksud saya?) Hahahahha.   








Tapi sayang saya orang paling awal yang balik. So tak dapat nak menjamu kaw kaw punya (padahal perut dah full masa balik tu). Nenek saya tak sihat waktu tu. 


Perkenalkan ini lawyer Manisah. Dia sangat lembut dan baik hati. Kadang-kadang terlepas pandang deadline kerja dia tolong ingatkan. So far alhamdulillah seronok kerja kat sini. Kalau dapat target collection tuk akhir tahun nie dapatla makan yang mahal-mahal lagi. Hahahahah. Thanks boss.