7 tahun berlalu

 

Assalamulaikum kawan-kawan blogger dan silent reader saya. Fuh lama sungguh saya tak menaip dan bercerita di blog saya ni, rupanya hampir 7 tahun saya tinggalkan blog ni. Jujur saya rindu nak berblog walking ke blog lain nak baca macam macam cerita. Ada blog yang share resepi, ada yang share rutin harian, ada yang share pasal pokok, pasal bercuti ke negara orang, pasal kucing beranak pun ada. Pada saya setiap blog ada tarikan masing masing sebab setiap perkara yang kita lalui tetap berbeza.

7 tahun satu tempoh yang banyak mematangkan saya, mengajar saya dan mendidik saya. 7 tahun juga macam macam saya lalui. Perkahwinan pertama saya gagal selepas setahun berkahwin. Alhamdulillah disebalik perceraian saya lalui saya dikurniakan seorang anak lelaki bernama Meor Ali Mateen dari hasil perkahwinan pertama dulu. Alhamdulillah syukur pada tahun ketiga saya sebagai single mother, Allah maha baik lagi penyayang berikan saya rezeki untuk berumahtangga buat kali kedua dengan kawan lama saya. Alhamdulillah rezeki dapat jodoh dia bujang. Kalau dalam roda impian cakap "menang wang besar Halim" Hehehehe.

Alhamdulillah, hampir menjangkau 4 tahun usia perkahwinan kedua saya, tapi masih setahun jagung buat kami. Banyak lagi yang kami dua perlu belajar dan tambah baik. Alhamdulillah pada tahun kedua perkahwinan saya dan suami kami dikurniakan seorang lagi anak lelaki yang diberi nama Meor Ozil Musa.

Mesti pelik macam mana anak kedua pun Meor kan. Yups, suami saya kedua pun bernama Meor. Telah ku tepis, elak dari nak berjumpa dengan orang nama Meor tapi Allah lagi maha kaya dan maha baik berikan suami bernama Meor jugak jadi takdelah Ali rasa janggal kan kat sekolah. Tak tahu nak explain macam mana tapi Allah baik sangat dalam kehidupan saya walaupun awal-awal lalui fasa perceraian tu banyak persoalan bermain di hati. Apa pun saya bersyukur untuk setiap ujian, kebaikan yang saya tempoh sepanjang kehidupan saya yang dulu hingga sekarang.

Bersangka baiklah dengan Allah kerna Allah mengikut sangkaan hambaNya. 

Kenalkan ini keluarga saya, Insya Allah hingga jannah. Aaamin ya mujib. 





No comments: