Alhamdulillah


Merenungi luar jendela, Mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna, aset nilai berjuta,
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua.
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus,
Ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
Ada sempurna ada kurang upaya
Ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, Boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah Alhamdulillah bukannya sukar, Kerna semua yang kaya atau besar

 

Tetap Allahuakbar!


Alexis, Bangsar

Assalamulaikum kawan kawan blogger dan silent reader sekalian alam. Setelah berdiam selama beberapa hari nie akhirnya saya update jugak blog. Hahaha. Tak update sebab tak tahu nak cerita apa and tak benda nak cerita. Tapi ada satu benda nak share dengan korang semua pasal satu tempat makan yang agak romantic, sweet, aman dan damai. Hahaha. Cuma saya dengan kawan kawan jer buat kecoh macam Alexis tu kitaorang ni share partner. Hahaha

Tempat nie favorite Awal Shaari beli pavlova untuk Scha Al-Yahya. Hahaha. Serious saya pun jatuh cinta dengan pavlova, environment dan segala benda yang ada kat Alexis, Bangsar nie. Punca jadi lepak ke Alexis nie adalah disebabkan oleh my officemate Syaratul Nisa a.k.a Syaja a.k.a Syaja Torres yang nak makan pavlova. Saya pun dah lama terbayang makan pavlova Alexis saya pun ikut serta lawatan sambil makan ke Alexis. 

Serius tak rugi!!!!  Alhamdulillah syukur since dah bekerja rasa bangga dengan diri sendiri boleh pergi makan tempat mahal-mahal dengan duit sendiri pergi makan tempat mahal mahal. Terima kasih diatas rezekiMu ya Allah. 

Petang tu semua order dessert jer sebab tengahari dah belasah makan kat Bazaar Jumaat dengan begitu meriah sampai kekenyangan. Haha.














Inilah Syaja Torres. 

Mutiara

Ya Allah tolong bagitahu aku ini semua mimpi
Tolong Ya Allah katakan ini mimpi 
Mimpi yang di alam mimpi
Bukan mimpi di alam nyata

Ya Allah tolong bangunkan kembali sahabat babaku 
Dia cuma tertidur terlalu lama kan?
Bukan tidur selamanya kan?
Tolong Ya Allah
Bangunkan Raja Ashman kami kembali

Itula kata kata yang aku bermain didalam hati bila melihat jenazah sahabat babaku ketika susah dan senang pergi menghadap Illahi. Raja Ashman Shah Ibni Raja Azlan. Benar ya Allah

"Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah   berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia"

Kami lemah longlai bila dapat mesej, call bagitahu our Raja Ashman meninggal dunia. Baba menangis dan jadi  blank seketika bila dapat tahu sahabat dia takda lagi. Kitaorang siap siap pergi rumah Kuash.  Bila tengok jenazah Kuash kami semua jadi lebih blank. Rasa terlalu cepat semuanya terjadi.  Tak terkata apa apa. Semua kaum kerabat, teman rapat datang ziarah dan semuanya menangis dan jadi blank di satu sudut. Mungkin mereka semua seperti aku yang berkata dalam hati mengharap ini semua mimpi. 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tidak inilah yang berlaku di alam nyata.





Jenazah dihantar pulang ke kampuang halaman di Kuala Kangsar Bandar Diraja.


Selepas jenazah Sheikh Raja Ashman  bergerak pulang kitaorang sekeluarga terus bergerak ke Istana Kuala Kangsar. Untuk kenangan terakhir bersama Sheikh Raja. Perasaan bercampur baur ketika ni. Semua orang menangis. Semua orang sebak!!! Semua orang masih tak percaya!!!!!!!!!














Kehadapan kesayangan hamba,
Engkau mutiara, 
Mutiara yang sentiasa bersinar dengan cahaya keimananmu
Engkau mutiara,
Yang satu dalam berjuta umatnya
Engkau mutiara
Yang bernilai harganya.

Dannnnn penulisan ini berhenti disini kerna airmata menitis seperti air terjun.. Terlalu hebat penangan pemergian Almarhum Raja Ashman Shah Ibni Raja Azlan Shah.


Al-Fatihah
Almarhum Raja Ashman Shah Ibni Raja Azlan Shah
(28 Disember 1958 - 30 Mac 2012)
Raja Kechil Sulong Perak Darul Ridzuan


Kraf Batik Fashion Show 2012


Assalamulaikum kawan kawan blogger dan silent reader sekalian alam. Kejadian nie dah berminggu terjadi tapi saya baru jer nak cerita. Hahaha.. Nak cerita saya dan kawan baik saya Tasha pergi Armed Fashion Show kat Panggung Seri Kompleks Kraftangan.


Sampai-sampai jer jumpa kak Azlia owner Get Gorgeous dialah yang layan kitaorang check nama kitaorang pastu bagi tiket masuk. Tapi sebelum masuk tangkaplah gambar kenangan dulu ye. Hehehe. Kak Azlia nie friendly takdelah kekwat sangat. Siap bagitahu port baik nak tangkap gambar. Hehehe.


Dah jalan masuk kitaorang jumpa adik kak Azlia, kak Allia apa lagi tangkaplah gambar. Adik kak Azlia pun friendly jugaklah.



 Yeahhh jumpa Hana Tajima yaw. 






Lepas habis fashion show, kitaorang pulak yang buat fashion show kitaorang kat tempat parking kereta. Hahaha.. Tapiiii muka saya tak boleh bla sebab kena migrain macam nak tanak jer senyum. Serious kepala berat sebelah jer. 




Okay sekian saja dari saya khadijah. Nak sambung buat keje yang berlambak. Hahaha

Berbuka sambil belajar


Assalamulaikum kawan-kawan blogger dan silent reader sekalian alam. Hari nie terasa nak update pasal berbuka puasa hari tu and jalan jalan ke Masjid Negara.

Kejadian nie terjadi minggu lepas. Last week saya puasa almost a week. Alhamdulillah syukur ganti puasa saya dah selesai. Hehehe. Time nie saya pakat-pakat dengan kak mega untuk puasa. So plan untuk berbuka haruslah dilaksanakan bersama sama.

Habis kerja terus shoot ke kampung baru untuk berbuka puasa. Padahal time lunch hour dah plan nak berbuka nak makan bubur nasi + daging masak kicap + ikan masin (tertelan air liur time myebut2). Hehehe. Alhamdulillah syukur perjalanan dari office ke kampung baru tenang je. Dapat berbuka dengan senang hati.

Soooo kita layan gambar.



Inilah rezeki kami pada hari tersebut. Alhamdulillah.  


Ini Kak Mega my office mate. Sayang kak Megatron 10000000000times.



Dah kenyang makan kami terus gerak ke Masjid Negara untuk solat Maghrib + Isyak. Alhamdulillah terlaksana impian nak pergi Masjid Negara. Last pergi tahun 98, dengar Datuk Seri Anwar bagi ceramah. Rinduuuu.. Time tu kecik je lagi..  Kak MegaTron first time jejak Masjid Negara. 

Memang hebat + tip top + terbaik Masjid Negara nie. Pengurusan dia bagus. Tip top!!!!!!!! Super bersih..






Ini bilik air + tempat ambik wuduk. Bersih!!! Selasa. 








Inilah ruang solat yang selalu masuk TV1 tue.